Monday, July 31, 2017

Rahsia dalam berdoa


Doa dan syukur sangatlah penting karena merupakan bentuk komunikasi kita dengan Tuhan.

Dilihat dari sudut pandang cara kerja fikiran, banyak orang salah dalam merumuskan apa yang mereka inginkan.
Banyak orang tidak menyadari bahwa apapun yang mereka sampaikan saat berdoa, merupakan sugesti
atau affirmasi yang mereka tanamkan di fikiran bawah sadar. Dan fikiran bawah sadar inilah yang
berkomunikasi dengan Tuhan, bukan fikiran sadar. Itulah sebabnya sebelum berdoa kita perlu masuk kedalam kondisi mental / pikiran yang rileks, tenang, hening atau khusyuk. Dengan kata lain masuk dalam kondisi alpha atau theta.

Penjelasan:

Apapun yang menjadi fokus Anda (istilah lain: niat), itulah yang akan Anda dapatkan. Niat adalah keinginan yang ada dalam fikiran bawah sadar dengan muatan emosi yang mempunyai niat (baik positif atau negatif).
Bahasa fikiran bawah adalah bahasa gambar atau citra ( perasaan).

Contoh:
Atasan Anda memberi perintah, “Jangan bayangkan Kupu2 berwarna Pink !”
Yang terjadi adalah Anda pasti sedang “Membayangkan” Kupu2 berwarna Pink .

1. Contoh doa yang sering diucapkan banyak orang:

“Tuhan, jauhkan saya dari segala cubaan.”
Pada saat mengucapkan doa tersebut, emosinya ikut naik dengan niat.
Doa tersebut “salah” karena diucapkan dengan “FOKUS” pada cubaan.

Sesuai dengan prinsip kerja fikiran bawah sadar, buah pikiran yang dominan akan direalisasikan
dalam bentuk fisik.
Hasilnya adalah mereka akan mendapat cubaan dalam segala bentuk.

Anda bisa perhatikan kualitas hidup orang yang memanjatkan doa negatif seperti contoh diatas.

2. Kesalahan lain adalah kebanyakan orang dalam 1 berhari, berdoa dengan penuh keyakinan selama 5 minit dan kemudian ragu selama 23 jam 55 minit.

Ertinya saat berdoa fikiran sadar mereka yakin akan berhasil, tapi pikiran bawah sadarnya ragu akan berhasil.

Perlu diketahui bahwa fikiran bawah sadar bekerja 24 jam dalam sehari.

Solusinya:

1. Berdoalah dengan kalimat positif.

“Tuhan, terima kasih atas semua peluang, kesempatan dan nikmat yang telah diberikan dan akan engkau berikan”.
“Tuhan, terima kasih atas semua kasih, karunia, berkat dan perlindungan-Mu, sehingga saya bisa
hidup berkecukupan, berkelimpahan, tenang, damai, bahagia dan menjadi saluran bekat bagi orang lain.

2. Periksa perasaan Anda saat berdoa.

Jika Anda merasa bahagia dan nyaman saat berdoa, berarti kita sudah yakin doa kita akan terpenuhi.

Kesimpulan:
Doa yang benar adalah yang kita lakukan melalui kualiti berfikir, ucapan, dan tindakan positif sehari hari,

bukan saat kita meluangkan waktu khusus dan di tempat khusus untuk berbicara atau berkomunikasi dengan Tuhan.

Saat kita tahu apa yang kita inginkan, saat kita yakin Tuhan akan memberikan apa yang kita minta, saat
kita bersyukur atas nikmat yang telah dan akan kita terima, saat kita pasrah sepenuhnya pada kehendak
Tuhan, sebenarnya kita telah melakukan doa yang sesungguhnya.

Sebagai standard untuk berdoa , cuba Anda periksa dahulu :

1. Apakah Anda Feel Good (Merasa bahagia ) ?
2. Apakah Anda telah benar-benar bersyukur atas hidup dan kehidupan Anda?
3. Bagaimana kualiti doa Anda?

Sumber : 
Buku QLT Penulis Bp. Adi W Gunawan

Tuesday, July 25, 2017

Tips ketika menunaikan haji

Khusus utk kawan kawan yang nak ke tanah suci..untuk mengerjakan haji ...

Sajer nak kongsi tips haji:


1.Bawak berus & sabun cap buruh/buku untuk basuh baju dll. Sebab dia tahan kena air. Sabun serbuk di sana kuat boleh reput kain. Di hotel ada servis dobi kena bayar.

2.Bawak extension cord. Banyak jasanya berkongsi dengan kawan sebilik untuk caj telefon.Banyak jasanya nanti di Mina. Bawak juga Internasional adapter two pin.

3. Bawak tali ampai & kepit baju. Buat gantung baju dalam bilik. Keringkan baju di bumbung hotel. Ada juga buat ampaian di tangga.

4. Bawak ubat panadol dll . Banyak gunanya untuk diri sendiri dan kawan2. Terutama di kem Mina.

5. Bawak Quran kecik yg sendiri punya.Senang nak baca di mana2. Niat nak khatam di Mekah.
Baru ada nostalgia... best.

6.Makanan di sana tak pedas..banyak guna sos tomato. Bawa cili sos..kicap...sambal dah siap dibotolkan/diplastikkan.

7.Masa ke Muzdalifah bawa sudu..untuk korek tanah cari batu kecil (untuk melontar)..jangan cari di Mina. Ada yg cari di Mina tapi sukar sebab ramai orang. Kumpul batu bagi lebih sikit masuk siap2 dlm uncang  Lampu suluh kecil jgn lupa. Siap melontar batu lebih dibuang. Haram bawa balik.

8. Di dlm Masjidil Haram tidak boleh duduk dekat suami isteri waktu solat..Polis dan pegawai masjid akan arah isteri ke saf lain...jadi jika takut terpisah bila isteri di suruh ke saf lain..janji dgn isteri di luar masjid di satu tempat yg dijanjikan(pilih satu mercu tanda). Jika nak iktikaf bukan waktu solat boleh bersama suami isteri. Elok pi dlm kumpulan rakan sebilik. Jika terpisahpun tak risau.

9.Ingat mercu tanda dan bangunan masa ke masjid dll supaya tak sesat. Jika ada telefon lagi baik. Senang nak hubungi.

10.Pilih rangkaian telefon yg senang nak top up...spt Zain, Mobile. STC susah sikit. Biasanya TH akan bagi simkad Mobile..kena top up. Jika top up 100Riyal boleh guna Whatsapp untuk whatsapp ahli keluarga.

11. Di hotel ada perkhidmatan tel guna kad iTalk lagi jimat jika nak call keluarga di Malaysia. Jika pandai guna line internet hotel buat panggilan video dll.

12. Di hotel ada klinik dan perkhidmatan keluar duit TH..boleh keluar duit hari2 yg mampu nak Shooping. Kalau lebih boleh simpan balik.

13. Masa Taklimat sebelum flight ada kaunter utk tukar duit Saudi Riyal di TH untuk
duit poket.

14. Bila ke masjid pakat kawan2 sebilik siapa gilir2 boleh ambil nasi makanan tgh dan mlm ikut bilangan kawan2 sebilik. Ambil letak di bilik.

15.Tok Arab di sana ramai pandai cakap melayu tak perlu risau jika nak beli apa2....jgn takut minta tawar

16. Patuh pada arahan TH. Masa pi melontar jangan ikut jalan lain atau turun tangga. Nanti sesat.

17. Jika nak beli Al Quran untuk wakaf di Masjid pastikan yg ada tali kuning dicetak di Madinah. Jangan beli yang tali biru..hijau. Jika diletak di masjid akan diambil oleh pekerja masjid. Hanya Al Quran cetakan Madinah dibenarkn diletak didlm masjid.

18. Sebelum pergi kena banyak buat solat hajat..solat sunat taubat dll...minta juga dipermudahkan segala urusan. Mudah2an dimaqbulkan.

Selamat berangkat..... semoga dipermudahkan... mendapat Umrah dan Haji Mabrur...Aamiin.

Selamat berangkat kpd jemaah2 yg pergi. Semoga dipermudahkan urusan dan dpt haji mabrur.Aamiin.

AKHLAK RASULULLAH MUHAMMAD SAW

١. Baginda selalu diam.

٢. Berbicara ketika perlu.

٣. Perbicaraannya fasih , ringkas tetapi padat .

٤. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.

٥. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab الله  swt).

٦. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu’.

٧. Berfikir terus-menerus.

٨. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.

٩. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka , Baginda akan makan. Jika tidak , ditinggalkannya tanpa mencelanya.

١٠ . Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.

١١ . Marah bukan kerana nafsu .

١٢ . Apabila kebenaran dipermainkan , Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya.

١٣ . Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.

١٤ . Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.

١٥ . Tidak pernah berkata kotor , berbuat keji dan melampaui batas.

١٦ . Tidak pernah berteriak-teriak di pasar.

١٧ . Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada .

١٨ . Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan الله  swt.

١٩ . Apabila menghadapi dua  perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara ma'siat.

٢٠ . Di rumah , Baginda adalah manusia biasa yang membasuh pakaian , memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.

٢١ . Ketika duduk atau pun berdiri , Baginda selalu berzikir .

٢٢ . Raut wajahnya selalu ceria , perangainya dapat dicontohi dengan mudah , lemah lembut & peramah.

٢٣ . Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar , berteriak-teriak , lebih-lebih lagi mencela orang lain.

٢٤ . Tiga perkara yang dijauhi ; perselisihan , bongkak & segala yang tidak diperlukan.

٢٥ . Tidak pernah mencela & memaki hamun orang lain.

٢٦ . Tidak pernah mencungkil rahsia orang lain.

٢٧ . Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.

٢٨ . Perbicaraannya memukau sesiapa pun yang mendengarnya lalu terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas kepala mereka.

٢٩ . Sesiapa yang melihat  Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya.

٣٠ . Sesiapa yang selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.

٣١ . Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk & tidak membezakan dikalangan mereka.

٣٢ . Sesiapa yang meminta sesuatu , pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang lemah lembut.

٣٣ . Tangan Baginda selalu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa pilih kasih . Baginda adalah ayah bagi mereka semua .

٣٤ . Dimanana pun Baginda berada , disitu terpancar cahaya ilmu , sikap malu & sabar serta amanah .

٣٥ . Tidak ada yang berani meninggikan suara dihadapan Baginda kerana kewibawaan Baginda .

٣٦ . Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya ; menghormati orang tua , menyayangi yang kecil , mengutamakan orang yang ada hajat , menjaga keperluan & kebajikan orang asing.

٣٧ . Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong ,  Baginda hentikan dahulu ataupun berdiri.

٣٨ . Paling berlapang dada.

٣٩ . Paling tepat dalam berbicara.

٤٠ . Paling halus keperibadiannya.

٤١ . Paling ramah & beradab dalam pergaulan & muamalahnya.

(Dipetik daripada Biografi Lengkap Rasulullah saw ;
oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki) .

ماشاء الله تبارك الله .
الحقير إلى الله .
| At-Tariq ILallah

Wednesday, July 12, 2017

Adab basuh beras:

1. Menggunakan tangan kanan untuk membasuh.
2. Gaulkan arah lawan jam (sama seperti arah tawaf)
3. Membaca "Laisa la ha min dunillahi kastyifah" ...
maksudnya... Tidak ada penyembuh selain dari Allah.
4. Ulang basuh sebanyak 3 kali.

Wahai kaum hawa, adik kakak...ibu ibu ..masaklah makanan anda dengan berzikir, insyaallah akan membawa berkat kepada pemakannya. Waallahualam

#Share jika bermanfaat..,

Wednesday, July 5, 2017

Cara berdoa ketika marah

Kisah seorang ibu yang mendoakan anaknya menjadi Imam Besar Masjidil Haram..!

MEYAKINKAN UMAT UNTUK MENJADIKAN DOA ITU SEBAGAI SENJATA BAGI ORANG MUKMIN

P E R G I  K A M U
K E L U A R  D A R I  S I N I

S E M O G A
A L L A H  J A D I K A N
K A M U  I M A M
M A S J I D I L  H A R A M

D o a l a h  y g  b a i k - b a i k
J a n g a n  d o a  y g  b u r u k
C o n t r o l  e m o s i  a n d a

Seorang anak kecil sedang asyik bermain-main tanah. Sementara si ibu sedang menyiapkan jamuan makan yang diadakan si ayah.

Belum lagi datang para tetamu yang diundang makan, tiba-tiba kedua-dua tangan anak kecil yang comel itu menggenggam debu..!

Si anak ini lalu masuk ke dalam rumah dan menaburkan debu itu di atas makanan yang terhidang. Anda dapat bayangkan..?

Ketika si ibu masuk ke rumah dan melihatnya, beliau marah dan berkata,

“Izhab ja’alakallahu imaaman lilharamain..!”

Yang ertinya, “Pergi kamu! Semoga Allah jadikan kamu imam Masjidil Haram..!”

Subhaan Allah..! Kini anak itu telah dewasa dan telah menjadi imam di Masjidil Haram..!

Tahukah anda, siapa anak kecil yang didoakan ibunya ketika marah itu..?

Beliau adalah Syeikh Abdurrahman as Sudais, Imam Masjidil Haram yang nada bacaannya menjadi kegemaran kebanyakan kaum Muslimin di seluruh dunia.

Ini adalah teladan bagi para ibu, calon ibu, ataupun ibubapa.

Hendaklah selalu mendoakan kebaikan untuk anak-anak meskipun dalam keadaan yang sedang marah.

Ini kerana salah satu doa yang tidak terhalang adalah doa ibubapa orang tua untuk anak-anak mereka.

Sekaligus ini menjadi peringatan bagi kita agar menjaga lisan dan tidak mendoakan keburukan bagi anak-anak lebih-lebih lagi bila kita dalam keadaan marah.

Janganlah kamu mendoakan keburukan untuk diri kamu sendiri. Begitu juga untuk anak-anak kamu, pembantu kamu, juga harta kamu.

Jangan sekali-kali mendoakan keburukan yang boleh jadi bertepatan dengan masa di mana Allah mengkabulkan doa kamu..!

(HR Abu Dawud)

P E R G I L A H
K A M U  K E L U A R
J A U H - J A U H  H I N G G A
K E  H U J U N G  D U N I A

S E M O G A
A L L A H  S E B A R K A N
H I D A Y A T
K E  S E L U R U H  A L A M

Mendoakan setiap jemaah yang dibentuk dapat disempurnakan.