Friday, April 7, 2017

Silalah bagi pandangan yer..

Hakak nak mohon pandangan Uols ya...hakak ada kawan yang dah kahwin.

Dua-dua bekerja. Suaminya kerja kilang,
Tapi selalu balik lewat. Alasannya OT. Kadang-kadang yang peliknya kena travelling 2-3 hari. Baru-baru ini Raya Haji pun kena kerja. Takkan tak ada cuti kan.

Bila di rumah asyik main handphone. Sebelum ini tak ada password. Sekarang password bagai. Bila minta tak nak bagi. Bila telefon berdering. Dia pergi jauh untuk angkat telefon tu.

Satu hari tu kawan hakak ni plan nak intai suami dia dekat tempt kerja. Dia pinjam motor kawan supaya tak nmpak sangat kelibat dia. Masalahnya motor kawan dia tu dah la uzur. Selalu semput-semput.

Nak dijadikan cerita, dalam dia tunggu-tunggu tu, datang sebuah kereta Exora. Dalam tu nampak seorang perempuan. Tiba-tiba keluar kelibat suami dia dari kilang tu terus masuk dalam kereta tu. Kawan sy ni buat-buat la berlakon supaya suami dia tak nampak.

Bila Exora tu dah gerak, terus kawan sy ni start motor dan kejar kereta tu. Tersenggut-senggut moto tu. Tiba-tiba nak dijadikan cerita, enjin motor tu mati pulak. Terus tak pasal-pasal ketinggalan jauh dari Exora tu.

Jadi kt sini sy nak tanya Uols, apa yang perlu dibuat ya Uols? Plug yang rosak atau karburator? Sebab bila start-start tak boleh pulak. Dah try buka plug tengok okay je. Minyak pun penuh lagi. Roadtax insurans semua hidup lagi. Kenapa ya Uols?

Siapa ada kenal pomen motor ya?

Boleh PM hakak tak kot kedai pomen mana ada yg murah ..  😂

Sape baca sampai habis? Kita geng 😊

#JanganKecamHakak 😜😜😜
#akkponterkena😝😝😝😝