Sunday, October 23, 2016

BERTAQWA KEPADA ALLAH DAN KEUNTUNGANNYA

Allah SWT telah berfirman di dalam surah At-Talaq pada tiga bahagian ayat yang menerangkan tentang Taqwa dan keuntungan yang akan diperolehi bagi sesiapa yang menuruti perintahNya.

Apakah yang dimaksudkan dengan Taqwa?
Iaitu mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.

(1) *JALAN KELUAR BAGI SEGALA MASALAH.*
---------------------------------
Firman Allah SWT :
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا
[Surat At-Talaq 2]

_"dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),"_

(2) *ALLAH MEMPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN.*
---------------------------------
Firman Allah SWT :
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مِنْ أَمْرِهِ يُسْرًا
[Surat At-Talaq 4]

‎Terjemahan :
_"Dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya"_

(3) *MENGHAPUSKAN KESALAHAN DAN MEMBESARKAN PAHALA AMALAN.*
---------------------------------
Firman Allah SWT :

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ وَيُعْظِمْ لَهُ أَجْرًا
[Surat At-Talaq 5]

‎Terjemahan :
_"dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya, dan akan membesarkan pahala balasannya."_

Dan di dalam hadith pula telah dinyatakan bahawa semulia mulia manusia itu adalah mereka yang bertaqwa.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. ditanya: "Ya Rasulullah, siapakah orang yang semulia-mulianya?"
Beliau s.a.w. bersabda: "Iaitu orang yang bertaqwa di antara engkau semua.
[Muttafaq 'alaih]

Maka, jadilah kita orang orang yang bertaqwa kepada Allah.