Thursday, September 29, 2016

Kalau haiwan ada FACEBOOK, agak-agak apa status mereka?

NYAMUK : Baru habis ronda rumah Atan.. kenyang beb, Alhamdulillah.. Murah rezeki aku malam ni...

CICAK : isteriku tersepit pintu...menduda lagi kali ke 24..

KUCING BETINA: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa sbb I sendiri lupa bapaknya siapa.”

AYAM : Boh, kalu esok kawe tak update status, maknonyo kawe keno goreng doh.. I luv u all.. Jangan lupo wat kenduri arwah untuk kawe deh...

NYAMUK : Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa

KUCING JANTAN : Baru je tweet awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!

KHINZIR : Aku bengang betol la...dia gi pijak taik kucing tapi nama aku yang disebutnye...wei bro!! lain kali siasat dlu la sape yang berak kt depan umah kaw...agak-agak laa weyy😖😖

Monday, September 26, 2016

BELIEVE IT OR NOT

1-Ikan parang tidak boleh digunakan untuk menebang pokok.

2-Walau maju macam mana sekali pun Pekan di Pahang tetap akan disebut Pekan.

3-Air sebenarnya tidak boleh dicincang tetapi boleh ditarik,contohnya teh tarik.

4-Satu2 benda tidak hidup dan tidak bernyawa tapi boleh melahirkan adalah surat beranak.

5-Sumbu yg ada pada badak sumbu tidak boleh dicucuh dan menyala.

6-Kawasan yang mempunyai ibu tunggal yang boleh di percayai adalah di Janda Baik.

7-Tempat tertinggi di Malaysia bukannya di Gunung Kinabalu tetapi Kota Tinggi di Johor.

8-Burung tukang tidak boleh di harap untuk membuat rumah.

9-Selipar adalah panggilan yang betul sekiranya objek tersebut memiliki kedua-dua belah kiri dan kanan, penggunaan istilah Dualipar adalah salah dan tidak dibenarkan dalam Kamus Dewan.

10-Kakaktua tidak tahu yg dia sebenarnya saudara yg lebih tua dari adik2nya.

11-Kastam belum lagi menggunakan anjing laut untuk menghidu dan mengesan dadah.

12-Tempat paling kecil di Malaysia ialah Setapak.

13-Kuda laut tidak boleh berlumba.

Sebab ada 10 perkara yg saya tahu tentang kamu...

1. Kamu pasti sedang baca status ini..

2. Kamu sememangnya manusia..

3. Kamu tidak dapat menyebut huruf ' P' kalau bibir atas dan bibir bawah tidak bersentuhan..

4. Kamu baru saja mencubanya..

6. Kamu sedang tersenyum sendirian..

7. Sampai kamu tidak sedar yg no.5 tidak ada di situ..

8. Kamu baru saja cek no.5..ya memang tidak ada di situ..

9. Kamu ketawa sambil tersenyum...

Kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan

1. Kamu memang malas untuk membaca semua kata "kawan" di atas...

2. Sampai kamu tidak sedar ada perkataan "kawin" diantaranya..

3. Kamu terus mencari perkataan "kawin"  yg memang sebenarnya tidak ada pun di situ...dgn muka serius sambil berkata "tak ada pun"..

4. Kamu pasti sedang ketawa dan tersenyum...sebab kamu baru saja TERKENA.. HAHAHAA

Cuba kamu lihat wajah kamu ke cermin sekarang..
Wajah kamu kelihatan manis dan berseri sekali...

Apa lagi..
Hantar la pada kawan kamu agar mereka pun boleh ketawa seperti kamu...

MEMBUAT ORG SENYUM ITU JUGAKAN SEBAHAGIAN BERSEDEKAH...

#senyumseindahsuria
#senyumlahdarihati
#duniamuberseri

Sunday, September 25, 2016

KUNCI UNTUK MEMBUAT HIDUP ANDA LEBIH BAIK


--Personality,
--Community and
--Life.

A.  PERSONALITY:

1. Jangan membandingkan hidup Anda dengan orang lain karena Anda tidak pernah tahu apa yang telah mereka lalui.

2. Jangan berfikir negatif akan hal-hal yang berada diluar kendali Anda, melainkan salurkan energi Anda menuju kehidupan yang dijalani saat ini, secara positif

3.Jangan bekerja terlalu keras, jangan lewati batasan Anda.

4. Jangan memaksa diri Anda untuk selalu perfect, tidak ada satu orang pun yang sempurna.

5. Jangan membuang waktu Anda yang berharga untuk gosip.

6. Bermimpilah saat anda bangun (bukan saat tertidur).

7. Iri hati membuang waktu, Anda sudah memiliki semua keinginan Anda.

8. Lupakan masa lalu. Jangan mengungkit kesalahan pasangan Anda di masa lalu. Hal itu akan merosak kebahagiaan Anda saat ini.

9. Hidup terlalu singkat untuk membenci siapapun itu. Jangan membenci.

10. Berdamailah dengan masa lalu Anda agar hal tersebut tidak menganggu masa ini.

11. Tidak ada seorang pun yang bertanggung jawab atas kebahagiaan Anda kecuali Anda.

12. Sedari bahwa hidup adalah sekolah, dan Anda berada di sini sebagai pelajar. Masalah adalah sebahagian daripada kurikulum yang datang dan pergi seperti kelas aljabar (matematik) tetapi, pelajaran yang Anda dapat bertahan seumur hidup.

13. Senyumlah dan tertawalah.

14. Anda tidak dapat selalu menang dalam perbezaan pendapat. Belajarlah menerima kekalahan.

B. COMMUNITY:

15. Hubungi keluarga Anda sesering mungkin

16. Setiap hari berikan sesuatu yang baik kepada orang lain.

17. Ampuni setiap orang untuk segala hal

18. Habiskan waktu dengan orang-orang di atas umur 70 dan di bawah 6 tahun.

19. Cuba untuk membuat paling sedikit 3 orang tersenyum setiap hari.

20. Apa yang orang lain fikirkan tentang Anda bukanlah urusan Anda.

21. Pekerjaan Anda tidak akan menjaga Anda di saat Anda sakit, tetapi keluarga dan teman Anda. Tetaplah berhubungan baik

C. LIFE:

22. Jadikan Allah sebagai yang pertama dalam setiap fikiran, perkataan, dan perbuatan Anda.

23. Allah menyembuhkan segala sesuatu.

24. Lakukan hal yang benar.

25. Sebaik/ seburuk apapun sebuah situasi, hal tersebut akan berubah.

26. Tidak peduli bagaimana perasaan Anda, bangun, berpakaian, dan keluarlah!.

27. Yang terbaik belumlah tiba.

28. Buang segala sesuatu yang tidak berguna, tidak indah, atau mendukakan.

29. Ketika Anda bangun di pagi hari, berterima kasihlah pada Allah untuk itu.

30. Jika Anda mengenal Allah, Anda akan selalu bersukacita. So, be happy.

Mati tak menunggu Tua....Mati tidak menunggu sakit...nikmati hidup....sebelum hidup tidak bisa dinikmati.

Thursday, September 22, 2016

Formula menjemput Rezeki

1. DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat.
Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT..

2. TAHAJJUD. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya..

3. AL QURAN. Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat..

4. ZIKIR - Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari..

5. SOLAT BERJEMAAH, terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih..

6. SILATURRAHIM. Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang..

7. BERSEDEKAH. Sedekah punyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali..

8. SOLAT AWAL WAKTUSolatlah di awal waktu. Jika tgh susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat..

9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana..

10. TAWAKAL DAN USAHA. Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.

4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Lain-lain:
1. Minumlah air masak 3 liter sehari.

2. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki.

BILA SEMUA AMALAN TELAH DIBUAT, SEGALANYA AKAN BERUBAH..

Wallaahua'lam..

MENIKMATI REZEKI

Oleh Salim A. Fillah

Makanan lazat boleh dicari, hidangan mahal boleh dibeli.

Untuk menikmati masakan seorang Chef Lima Bintang Michelin di kota Paris, kita harus mengajukan tempahan berhari2, dengan wang pendahuluan yang cukup untuk biaya hidup di kampung selama berbulan tanpa risau.

Tapi nikmatnya makan adalah rezeki, Allah Yang Maha Memberi lagi Membagi.

Seorang tua di kampung yang mencangkul sejak pukul 07.00 pagi, di jam 10.30 didatangi istrinya. Sebuah bakul di belakangnya, dengan isi amat bersahaja. Nasi pulut bertabur parutan kelapa. Sementara cereknya berisi teh panas.

Peluh dan lelah menggenapkan rasa nikmat di tiap suapan si isteri. Senyum mereka tak terbeli oleh wang ringgit.

Katil paling empuk boleh dibeli. Bilik tidur paling mewah boleh dirancang.

Hotel berlayanan tujuh bintang, Burj Al 'Arab di Dubai dapat menyediakan ruang rehat dengan sewa semalam sama seperti membina rumah di negeri kita.

Tapi nikmatnya tidur adalah rezeki. Allah Yang Maha Memberi lagi Membagi.

Seorang kanak-kanak pemungut sampah berbantal kayu, berkasut kadbod, berselimut akhbar terlelap di atas kereta sorong ibu bapanya pada suatu malam di kota. Begitu nyenyak sampai susah untuk membangunkannya.

Gaji yang tinggi boleh dikejar dengan kerjaya yang cemerlang. Wang yang banyak dapat dikumpulkan dengan memeras keringat hingga kering dan membanting tulang hingga lesu.

Tapi rezeki adalah soal menikmati, Allah Yang Maha Memberi lagi Membagi.

Seorang pengarah sebuah syarikat bergaji besar yang duduk di sebelah saya dalam penerbangan kelas perniagaan hanya memandang cemburu ketika saya menikmati sajian. Saya bertanya mengapa hanya air putih saja yang diteguknya, digenggam erat dalam gelas kaca.

Sungguh berat bagi beliau; nak makan manis, kata doktor, "Jangan Cik, ingat diabetes." Nak makan sedap, kata doktor, "Jangan Cik, ingat kolesterol." Nak makan masin, kata doktor, "Jangan Cik, ingat darah tinggi/hipertension." Nak makan kacang, kata doktor, "Jangan Cik ghaut."

Ah saya membayangkan, berapakah yang dinikmati manusia dari apa yang dia sangka miliknya dan dikumpul-kumpul dan dihitung jumlahnya. Sekiranya 1 bilion ada di akaunnya, lalu pagi tiba malaikat maut menunaikan tugasnya, rezeki siapakah itu sebenarnya? Ahli waris atau bahkan musuh perniagaan.

Allah tak kekurangan cara untuk menghantarnya pada yang sudah ditaqdirkan tertulis di sisiNya.

Betapa benar Al Mushthafa ﷺ ketika bersabda, "Anak Adam berkata, 'Hartaku! Hartaku!' Padahal apalah hartanya itu selain makanan yang dimakannya hingga habis, pakaian yang dipakainya hingga usang, dan apa yang mereka belanjakan di jalan Allah lalu dia dapati Allah membalasnya berlipat ganda di akhirat. "

Rezeki adalah jaminan. Menjemputnya adalah ujian. Bekerja adalah ibadah kita;
'Itqan, ihsan, ikhlas;
bukan mencari rezeki, tetapi mencari pahala.

Sebab kita harus memindahkan kebimbangan, dari yang dijanjikan kepada yang belum dijamin. yakni; akankah kita kembali ke syurga?

WaAllahu a'lam .... semoga Bermanfaat

Wednesday, September 14, 2016

HALAL BUAT KAMI, HARAM BUAT TUAN

Ulama Abu Abdurrahman Abdullah Bin Al-Mubarak Al Hanzhali Al Marwazi Ulama terkenal di Makkah yang menceritakan riwayat ini.

Suatu ketika, setelah selesai menjalani salah satu ritual haji, ia beristirahat dan tertidur.

Dalam tidurnya ia bermimpi melihat dua Malaikat yang turun dari langit. Ia mendengar percakapan mereka :

“Berapa banyak yang datang tahun ini?”
tanya Malaikat kepada Malaikat lainnya.
“Tujuh ratus ribu,” jawab Malaikat lainnya.
“Berapa banyak mereka yang ibadah hajinya diterima?”
“Tidak satupun”

Percakapan ini membuat Abdullah gemetar.

“Apa?”
ia menangis dalam mimpinya.
“Semua orang-orang ini telah datang dari belahan bumi yang jauh, dengan kesulitan yang besar dan keletihan di sepanjang perjalanan, berkelana menyusuri padang pasir yang luas, dan semua usaha mereka menjadi sia-sia?”

Sambil gementar, ia melanjutkan mendengar cerita kedua Malaikat itu.

“Namun ada seseorang,
yang meskipun tidak datang menunaikan ibadah haji, tetapi ibadah hajinya diterima dan seluruh dosanya telah diampuni. Berkat dia seluruh haji mereka diterima oleh Allah.”

“Adakah benar”
“Itu Kehendak Allah”
“Siapa orang tersebut?”
“Sa’id bin Muhafah tukang baiki sepatu di Kota Damsyiq (damaskus sekarang)”

Mendengar ucapan itu, Ulama itu langsung terbangun, Sepulang haji, ia tidak langsung pulang ke rumah, tapi terus menuju ke Kota Damaskus, Syria.

Sampai disana ia terus mencari tukang baiki sepatu yang disebut Malaikat dalam mimpinya. Hampir semua tukang baiki sepatu ditanya, apa memang ada tukang baiki sepatu yang namanya Sa’id bin Muhafah.

“Ada, di tepi kota”
Jawab salah seorang tukang baiki sepatu sambil menunjukkan arahnya.

Sesampai disana Ulama itu menemukan tukang sepatu yang berpakaian lusuh,

“Benarkah anda bernama Sa’id bin Muhafah?” tanya Ulama itu
“Betul, siapa tuan?”
“Aku Abdullah bin Mubarak”

Said pun terharu, "tuan adalah Ulama terkenal, ada apa mendatangi saya?”

Sejenak Ulama itu kebingungan, dari mana ia hendak memulakan pertanyaanya, akhirnya ia pun menceritakan perihal mimpinya.

“Saya ingin tahu, adakah sesuatu yang telah anda perbuat, sehingga anda berhak mendapatkan pahala haji mabrur?”

“Wah , saya sendiri tidak tahu tuan!”
“Cuba ceritakan bagaimana kehidupan anda selama ini.

Maka Sa’id bin Muhafah bercerita.

“Setiap tahun, setiap musim haji, aku selalu mendengar :

Labbaika Allahumma labbaika. Labbaika la syarika laka labbaika. Innal hamda wanni’mata laka wal mulka. laa syarika
laka.

Ya Allah, aku datang karena panggilanMu.
Tiada sekutu bagiMu.
Segala ni’mat dan puji adalah kepunyaanMu dan kekuasaanMu.
Tiada sekutu bagiMu.

Setiap kali aku mendengar itu, aku selalu menangis

Ya allah aku rindu Mekah.
Ya Allah aku rindu melihat Kaabah.
Izinkan aku datang…..
Izinkan aku datang ya Allah..

Oleh karena itu, sejak puluhan tahun yang lalu setiap hari saya menyimpan sedikit wang dari hasil kerja saya, sebagai tukang baiki sepatu.

Sedikit demi sedikit saya kumpulkan. Akhirnya pada tahun ini, saya ada 350 dirham, cukup untuk saya berhaji.

“Saya sudah siap berhaji”
“Tapi anda batal berangkat haji”
“Benar”
“Apa yang terjadi?”
“Isteri saya hamil, dan sering mengidam.
Waktu saya hendak berangkat saat itu dia mengidam berat”
“Suami ku, engkau mencium bau masakan yang nikmat ini?
“Ya sayang”
“Cubalah kau cari, siapa yang masak sehingga baunya nikmat begini.
Mintalah sedikit untukku”

"Tuan, saya pun mencari sumber bau masakan itu.
Ternyata baunya datang dari rumah yang hampir runtuh. Disitu ada seorang janda dan enam anaknya.

Saya beritahu padanya bahawa isteri saya teringin masakan yang dia masak, walaupun sedikit.

Janda itu diam saja memandang saya, sehingga saya mengulangi semula permintaan saya.

Akhirnya dengan perlahan-lahan ia mengatakan :
“Tidak boleh tuan”
“Dijual berapapun saya akan beli”
“Makanan itu tidak dijual tuan” katanya sambil berlinang airmata.

Akhirnya saya tanya kenapa?
Sambil menangis, janda itu berkata “daging ini HALAL untuk kami dan HARAM untuk tuan” katanya.

Dalam hati saya:
Bagaimana ada makanan yang Halal untuk dia, tetapi Haram untuk saya, padahal kita sama-sama muslim?

Oleh itu saya mendesaknya lagi “Kenapa?”
“Sudah beberapa hari ini kami tidak makan. Dirumah tidak ada makanan. Hari ini kami melihat keldai mati, lalu kami ambil sebahagian dagingnya untuk dimasak.

“ *Bagi kami daging ini adalah HALAL, kerana andai kami tidak memakannya, kami akan mati kelaparan. Namun bagi Tuan, daging ini HARAM*".

Mendengar pengakuan tersebut , saya menangis dan pulang.

Saya menceritakan kejadian itu pada isteriku, dia pun menangis, kami akhirnya memasak makanan dan mendatangi rumah janda itu.

“Ini masakan untuk kamu”
Wang peruntukan haji sebanyak 350 dirham pun saya berikan pada mereka.

”Pakailah wang ini untuk kamu sekeluarga.
Gunakan lah sebaiknya, agar engkau tidak kelaparan lagi”

*Ya Allah………disinilah Hajiku*
*Ya Allah……… disinilah Mekahku*.

Mendengar cerita tersebut Abdullah bin Mubarak tidak mampu menahan air matanya.

~Kisah ini memberi hikmah kepada kita, bahawa membantu orang susah disekeliling kita sama nilainya dengan pergi haji di mata Allah.

PETUA HIDUP TENANG

Assalamualaikum dan selamat pagi

**

1. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang kehidupan mereka. Dulunya berbasikal, bermotor, berkereta buruk sekarang berkereta mewah.

2. Jangan berfikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan pada apa yg kita ada. Tenaga, masa dan wang kita, fokus terhadap benda positif yang mampu kita buat pada masa ini.

3. Tidak berlebihan melakukan apa yang anda tidak mampu buat.  Cukuplah setakat yang anda mampu. Jangan terlalu obses.

4. Jangan terlalu beremosi terhadap diri sendiri, jika ada yang perli, herdik, tengking, senyum kan saja.. 😊

5. Jangan bazirkan tenaga dan masa terhadap gosip politik dan gosip liar yang keterlaluan.

6. Berfikir dengan tenang dan positif terhadap masalah dan musibah yg menimpa.

7. Iri hati adalah sia-sia. Harta org bukan rezeki dan hak kita.

8. Jangan ungkit kesilapan pada masa lampau. Lupakan! Ianya akan menghancurkan kegembiraan kita di masa depan.

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Sebarkan kasih sayang..

10. Berdamailah dengan diri dan bersyukur dgn apa yg ALLAH telah kurniakan..

11. Tiada siapa yang boleh menggembirakan kita selain dari diri kita sendiri..

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kita harus terus belajar. Jangan mudah putus asa dengan masalah.

UTAMAKAN maksud ayat ini ;

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
“Ketahuilah, hanya dengan mengingatku (Allah) hati akan menjadi tenang”. (QS. Ar-Ro’d : 28)

Friday, September 2, 2016

Jangan pilih isteri yang pandai cari duit.

Dalam suatu ceramah seorang ustaz mengajar...   "Jangan pilih isteri yang pandai cari duit..."

Hal ini membuat ramai jemaah kehairannya dan timbul persoalan... 

Ada seorang jemaah yang bertanya :

"Ustaz , kalo isteri kita pandai cari duit kan boleh bantu suaminya..."
tanya dia. ustaz membalasnya:

"Begini penjelasannya, kalo isteri kita pandai cari duit, di manapun duit kita sembunyikan; di laci, di peti, di kereta atau di tabung, mesti dia jumpa!!"

😆😂.....bestnya jd isteri...😂😂