Tuesday, August 23, 2016

Kita Sendirilah Yang Menentukan Haluan untuk Penghujung Pengakhiran Hidup Kita

Tuan-Tuan

Apabila hampir mati, di saat Roh nak dicabut keluar daripada kaki naik keatas dan sampai di kerongkongan, seperti mana yang disebut dalam hadith sebagai keadaan Gharghorah, maka pada masa tulah segala ketentuan kehidupan yang bakal tuan-tuan lalui.

Kenapa saya kata begitu.? Kerana apabila Roh sampai di kerongkongan, maka ketikalah itulah pintu taubat ditutup buat selama-lamanya. Sampai bila.? Sampai bila-bila, tidak ada peluang kedua lagi.

Dan pada waktu tu jugaklah si nazak akan diperlihatkan kepadanya 2 perkara. Yang pertama iaitu alam ghaib yang selama ini dia pernah dengar. Iaitu dia akan melihat rupa malaikat maut yang selama ni dia tak pernah tengok. Samada dalam bentuk rupa yang mengerikan ataupun menyenangkan.

Yang keduanya, waktu itu jugak dia akan nampak satu negeri atau satu taman yang luas dan cantik daripada taman-taman syurga. Atau dia akan nampak satu lubang yang penuh dengan api yang menjulang-julang.

Kalau dia mati dalam keadaan yang baik (Husnul khatimah) maka bermulalah episod kebahagian dalam kehidupanya untuk selama-lamanya, insyallah.

Tapi kalau apa yang dia tengok itu adalah api yang menjulang-julang maka kata Saidina Uthman ibn Affan bermulah episod kesengsaraan yang tiada penamat, nauzubillah.