Tuesday, February 2, 2016

Kisah Nabi Sulaiman dengan Seekor Semut

Suatu kisah, satu hari Nabi Sulaiman عليه السلام duduk di tepi jalan, tiba tiba dia nampak seekor semut bawa sebiji gandum kemudian Nabi Sulaiman ingin bertanya sesuatu kepada semut itu. Kerana Mukjizat Nabi Sulaiman boleh bercakap dan faham bahasa binatang.

Nabi Sulaiman عليه السلام bertanya kepada semut itu, Wahai semut. Sebiji gandum yang ada pada kamu itu cukup untuk berapa hari? Kemudian semut itu menjawab; "Wahai Nabiyullah, sebiji gandum ini cukup untuk satu tahun. Benarkah? Benar Wahai Nabiyullah. Alhamdulillah syukur kepada Allah.

Baiklah, kamu ikut saya kata Nabi Sulaiman.

Kenapa Wahai Nabiyullah? Tanya semut

Kata Nabi Sulaiman, Ikut saya dan kamu masuk ke dalam penjara. Setelah semut itu dimasukkan ke dalam penjara. Nabi Sulaiman عليه السلام meminta kepada penjaga penjara itu, untuk meletakkan sebiji gandum bersama-sama dengan semut itu.

Tujuan Nabi Sulaiman عليه السلام adalah ingin menguji semut itu, adakah benar kata katanya. Kemudian Nabi Sulaiman berpesan kepada panjaga penjara itu untuk melihat keadaan semut itu selepas satu tahun.
Cukup tempoh satu tahun dipenjara, penjaga penjara itu membawanya menghadap Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman bertanya; "Bagaimana? Sudah habiskah gandum itu?

Jawab semut, Tidak wahai Nabiyullah, hanya separuh sahaja.

Kamu tipu saya? Tanya Nabi Sulaiman.

Tidak wahai Nabiyullah, saya tak tipu. Jawab sang Semut.

Tahun sudah kamu kata sebiji gandum ini cukup untuk setahun, tapi kenapa sekarang separuh sahaja, kamu tamak ke? Kata Nabi Sulaiman عليه السلام."

Jawab semut; "Wahai Nabiyullah, sebelum saya masuk ke dalam penjara, saya rasa bebas dan yakin kepada rezeki Allah ﷻ . Allah tidak akan lupa saya, tetapi setelah saya dipenjara, saya risau kerana Nabiyullah seorang manusia, takut Nabiyullah lupa kepada saya, sebab itu saya simpan separuhnya lagi.

Berkatalah Ulama mengenai cerita ini, tempoh hayat seekor semut tidak lebih dua tahun. Kerana itu dia simpan separuh untuk setahun, dan separuh lagi untuk tahun lagi satu. Inilah pengajaran daripada kisah ini, apabila kita bergantung kepada manusia, yakin kepada manusia, manusia boleh lupa."

Akan Tetapi, jika kita yakin dan bertawakal kepada Allah ﷻ . Allah tidak akan lupa kamu dimana sahaja kamu berada. Allah sentiasa ingat kepada hamba-hambaNya itu dimana saja hambaNya berada. Walaupun dia berada dibawah tanah sekalipun.

Dipetik dari tazkirah Daripada Sheikh Abdullah Al-Jehaf HafidzohullahTa'ala.