Saturday, October 24, 2015

Apabila kita cuba jawab teka teki islam ini.. Tak terjangkau akal fikiran dengan setiap hikmahNya

Soalan 1
Pada dasarnya, tanah boleh menggantikan air.
Orang yang hadas kecil dan dia tidak memiliki air, boleh tayammum dengan tanah. Orang yang junub dan tidak mendapatkan air, boleh tayammum dengan tanah juga. Tapi ada satu keadaan,dimana air pula yg menggantikan tanah. Keadaan apakah itu?

Jawapan soalan 1
Keadaan orang yg tinggal di atas kapal/laut dan sedang menyelenggarakan jenazah. Maka jenazahnya dibuang di Laut dapat menggantikan dikuburkan di tanah.

Soalan 2

Pada dasarnya, semua benda yang boleh diperjual belikan, boleh juga disedekahkan, atau
dihadiahkan. Tapi ada benda yang boleh dihadiahkan, tapi tidak boleh diperjual belikan.
Benda apakah itu?

Jawapan Soalan 2

Daging korban. Sebelum statusnya jadi kurban boleh diperjualbelikan. Setelah jadi kurban, tidak boleh diperjualbelikan apapun bagiannya, kecuali apabila dihadiahkan.

Soalan 3

Ada Orang yang solat tanpa rukuk dan tanpa
sujud, padahal dia sihat dan anggota badannya lengkap. dan solat statusnya sah. Bagaimana itu blh terjadi?

Jawapan soalan 3

Sembahyang jenazah.

Soalan 4

Solat ape 3 rakaat tetapi 4 kali baca tahiyat

Jawapan 5

Orang yg masbuq ketika solat maghrib dan mendapati imam telah lewat ruku' pada rakaat kedua dan blm bangun ke rakaat ketiga. Sehingga tahiyat nya menjadi 4x.

Soalan 5.

Sebutkan ibadah sunat yang jika seseorang melakukannya, maka pada waktu yang sama,
seluruh manusia dimuka bumi tidak ada yang melakukannya?

Jawapan Soalan 5

Mencium hajar aswad adalah sunnah, ‘Umar berkata, “Sesungguhnya aku menciummu dan aku tahu bahwa engkau hanyalah batu. Seandainya aku tidak melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menciummu, maka tentu aku tidak akan menciummu” (HR. Bukhari no. 1597, 1605 dan Muslim no. 1270) Kalau seseorang sedang mencium nya, maka yg lain harus menunggu, tidak bisa  menciumnya.

Soalan 6

Islam menganjurkan untuk selalu melakukan ibadah wajib. Sebutkan ibadah wajib yang hanya boleh dilakukan sekali ;jika dilakukan lebih dari sekali akan ada penyesalan dalam hidupnya.

Jawapan Soalan 6

Berkhatan