Thursday, October 29, 2015

Alasan seorang isteri menyebabkan hakim membenarkan suaminya kahwin lain.. Hmm apa alasannya ?

Isteri: Suami saya nak nikah lagi tetapi saya berjaya menghalangnya!

Saya: Apa yang puan lakukan untuk menghalangnya?

Isteri: Oh! Saya senarai 10 sebab kenapa dia tidak layak nikah lagi. Duit tak cukup, masa tiada, tak pandai jaga keluarga sekarang ini... macam-macam lagi. Terdiam dia. Esok lusa saya nak tambah lagi 10 sebab... !

Saya: Ooo, salah strategi tu puan.

Isteri: Kenapa pulak?

Saya: Apabila puan lakukan cara itu, puan sebenarnya mencabar kemampuan suami puan. Lebih tepat, puan mencabar kelelakiannya. Cabaran ini akan menyebabkan dia lebih nekad untuk nikah lagi untuk membuktikan kemampuannya.... meskipun pada asalnya tak seberapa mampu. Percayalah, lambat atau cepat dia pasti nikah lagi.

Isteri: Habis, saya nak buat apa... kenduri kesyukuran?

Saya: Bukan. Tetapi lakukan yang terbalik. Senaraikan 10 kebaikan dan kelebihannya sebagai suami dan ayah kepada puan dan anak-anak sekarang ini. Suami akan merasa dirinya diihargai (appreciated) dan sedar betapa susah untuk melakukan yang sama kepada keluarga barunya, andai dia bernikah lagi. Dia akan berfikir panjang sebelum hendak nikah lagi.

Isteri: 10 kebaikan? Huh! Satu kebaikan pun sejam saya nak fikir apa!

Saya: Jika begitu saya sokong suami puan nikah lagi. Moga dia mendapat isteri yang bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepadannya. Isteri yang nampak kebaikan lebih daripada keburukan, kelebihan lebih daripada kekurangan