Saturday, September 12, 2015

Petua Cepat Kaya

Macam mana nak buang tabiat tidur selepas subuh ?

1. Solat subuh
Ni memang wajib ye. Bukan optional, nak taknak kena paksa bangun. Belajar untuk bangun dan solat di awal waktu.

2. Mandi sebelum subuh
Memang baik untuk kesihatan. Badan kita akan lebih segar dan mata juga akan celik luas-luas bila kena air. Right ? Kalau tak mampu sebab sejuk sangat, boleh lah mandi selepas subuh.

3. Baca Quran
Kalau boleh, pagi-pagi lagi kita bagi tengok mata kita ni dengan ayat quran. Telinga kita ni dengar ayat quran dulu sebelum dengar apa-apa yang lain, lidah kita baca ayat quran sebelum cakap benda lain, dan hati kita rindu ayat quran sebelum rindu hal lain. (Isteri/suami/mak/ayah)
Not couple.

4. Sibukkan diri
Kalau tengah stay kolej tu, sibukkan diri dengan study, atau bersihkan koridor, basuh kain kotor, kemas almari, bersihkan toilet even ketika itu kita seorang saja melakukannya. Allah timbang di mahysar semuanya. Kalau tengah stay rumah pula, sibukkan diri ke dapur, buat breakfast, basuh pinggan, basuh kain, sidai kain, sapu dapur, siram pokok bunga, kemas dan susun mainan adik-adik atau perabot, bersihkan peti sejuk dan sewaktu dengannya. Ingat, terutama yang perempuan, buang sikap malas. Tiada guna jaga solat, tutup aurat, ada kelebihan ini itu cantik lawa cun comel meletup kau memang debom tapi malas. Ubah yaa.

5. Bersenam
Bila bersenam ni memang akan buat kita tak mengantuk sebab oksigen masuk dalam badan sambil kita betul-betulkan urat badan. Jogging depan rumah sudah. Main skipping ke. Best apa.

6. Minum air suam
Seeloknya minum air suam 2 gelas. Bagi tubuh kita ni sedar yang kita dah bangun, juga supaya organ tubuh bersedia untuk bekerja.

7. Tarik nafas dalam-dalam
Waktu tarik nafas dan hembus tu direct berzikir mengigati Allah. Try amal tiap kali waktu subuh, serius nikmat. Lagi-lagi masa tu, udara subuh sangat suci. Bak kata pepatah, udara subuh segar sebab 'nafas orang munafik' tiada ketika itu.

8. Solat dhuha
Solat dhuha ni solat yang Rasulullah tak pernah tinggal even hanya solat sunat. Bagus untuk memohon rezeki daripada Allah. Siapa kerjakan solat dhuha ni, even dosa dia seperti buih di lautan, Allah akan ampunkan insya Allah. Boleh pohon kesihatan yang baik, ilmu yang sentiasa melekat di akal dan jiwa, anak soleh solehah, ketenangan dan seumpama.

9. Baca Al-Mathurat
Amal mathurat pagi petang, sesiapa yang amal zikir mathurat, dia akan merasakan perbezaan dengan hari-hari yang sebelum ini tanpa zikir mathurat.

10. Selawat
Banyakkan selawat kepada Rasulullah. Allahumma solli ala sayyidina muhammad. Lagi, lagi dan lagi.

Semua perlu ubah tabiat malas
1. Bangun subuh lewat
2. Tidur selepas subuh
3. Melewatkan solat subuh
4. Ala kadar je bangun subuh
5. Tak bangun pun solat subuh

Masih ingat bebelan mak ?

Tak bagus tidur lepas subuh, rezeki tak masuk.

Anak dara tak manis tidur banyak.

Matahari terpacak atas kepala baru nak bangun.

Kita nak ke suami macam ni ?
Kita nak ke isteri macam ni ?

Masing-masing geleng kepala.
Tapi masing-masing terkujur badan dalam selimut.

Anak Rasulullah Fatimah, pernah berbaring pada waktu subuh, maka baginda bersabda

" Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu. Dan jangan lah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai.