Sunday, July 26, 2015

Misteri Kebaikan Che'gu Shaari

* 10 misteri kebaikan Chegu Shaari berbanding dengan satu keburukan yang sering kita perkatakan...

'chegu suka main bola, hari2 chegu main bola'

1. Walaupun Cg. Shaari tidur dalam kelas tetapi dia masih memberi tugasan kepada murid.
* cg kini bukan saja takat tidor kadang2 tak masuk kelas pun.

2.  Walaupun gb memarahi Cg. Shaari tetapi dia tidak memarahinya di hadapan murid sebaliknya di bilik gb.
* sekarang kita sering mendengar seorang guru dimarahi oleh gb di depan murid.

3. GB dan Cg. Shaari saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
* guru sekarang tidak saling menghormati antara satu sama lain akibat pengaruh harta kuasa dan ego masing2.

4. Cg. Shaari sanggup meninggalkan kerjaya sambilan sebagai pemuzik demi tanggungjawab sebagai guru.
* guru sekarang sanggup abaikan kerjaya demi mencari pendapatan lebih.

5. Cg. Shaari sentiasa berdisiplin dan kemas semasa berada di sekolah.
* guru sekarang tidak lagi menghiraukan etika berpakain semasa berada di sekolah.

6. Semasa meninggalkan bilik mesyuarat dia sempat berpesan bahawa dia akan akur apa saja keputusan mesyuarat.
* guru sekarang akan membantah sekiranya sebarang keputusan tidak disukainya.

7.  Cg. Shaari merupakan seorang yang setia dan menghormati masa.
* kebanyakan guru kini tidak pentingkan masa dan setia pada tugas.

8. Sebelum pergi ke sekolah dia hanya minum secawan kopi dan sebiji pisang. Sarapan yang seimbang pada waktu pagi.
* guru sekarang suka mengambil sarapan yang berat pd waktu pagi dan banyak menghabiskan masa di kantin.

9. Cg.Shaari tidak pernah membawa masalah rumahtangganya  ke sekolah.
*guru sekarang terbawa2 masalah di rumah ke sekolah yg jadi mangsanya adalah murid.

10. Akhirnya Cg.Shaari menjadi guru yang berjaya..mana tidaknya di akhir cerita dia menjadi 'guru besau'.😄

Walaupun satu keburukan yang hanya kita nampak...
tetapi banyak misteri pengajaran yg perlu kita ambil...
itulah masej sebenarnya yang hendak disampaikan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee kepada generasi kini.