Friday, February 27, 2015

kenapa kereta 4×4 belum ada lagi org bagi jawapan

Di sebuah sekolah dewasa yg dirahsiakan namanya, sekumpulan pelajar dewasa baru memulakan pembelajaran mereka, bermula dengan mata pelajaran Matematik.. sepanjang hari mereka tekun belajar semua asas Matematik..

Bila tamat masa persekolahan, mereka keluar dari sekolah dengsn hati gembira & puas hati kerana telah menguasai asas Matematik..

"Seronok betul rupanya belajar Matematik kan",
kata mereka berbual sesama mereka.

"Alangkah bagusnya kita mula belajar lebih awal
dulu masa muda2 lagi..", kata yg lain.
"Besok kita mesti datang lagi, tidak sabar rasanya hendak bljr lagi." Begitu la suara2 puas hati mereka.

Seorang dari mereka menuju ke keretanya yang diparkir agak jauh dari sekolah dewasa itu.

Di sebelah parkir keretanya adalah sebuah kereta 4x4 double cab. Sebelum masuk ke keretanya, matanya lama terpaku ke tulisan 4x4 itu,

"Kenapa tiada jawapannya ya?"

Lalu dia dengan spontannya mengambil sbiji batu kecil & menulis jawapan 16 di hjung tulisan 4x4 itu. Slepas itu dia mmandu pergi dgn sangst senang hati.

Tamat masa bekerja, tuan punya kereta 4x4 itu pun pergi ke keretanya. Dia bekerja di sebuah pejabat berhampirn parkir itu. Alangkah terkejutnya dia melihat keadaan badan keretanya yang telah diguris dengan benda tajam. Dia menyumpah sehabis2nya.

Lalu dia singgah ke kdai aksesori kreta & membeli spray untuk  menutup gurisan itu.

Bsoknya, balik dari sekolah dewasa, si kawan yang masih parkir keretanya di tempat  yang sama terkejut melihat kereta 4x4 yg sama itu telah menutup jawapannya semalam, "Mungkin jawapan ku salah ya.." Dia mengira
sungguh2 supaya  tidak silap shingga puas hati.

'Betullah 16. Kenapa jawapanku dipadam? Oh iya, aku lupa tulis simbol ='. Oleh itu, dia menulis
smula jawapan '= 16'.. dan memandu pergi dengan sangat senang hati.

Balik dari kerja, si tuan punya kereta sekali lagi
mengamuk bila ternampak badan keretanya diguris begitu.

Bila direnung gurisan itu, terdetik di hatinya,
'Betul juga, 4x4=16. Bodoh juga Jepun, buat kereta tulis 4x4 tiada jawapnnya.' Lalu dia singgah d kedai aksesori kereta & mebeli spray putih.

Mula2 ditutup rapi gurisan itu, kemudian ditulisnya cantik2 jawapan '=16'. 'Mesti tukang guris itu tidak akan ada peluang lagi buat jenayah ini', yakininya.

Hari slanjutnya, balik dari sek dewasa, si kawan
mencari2 kereta 4x4 yang sama. Dia sangat puas hati bila melihat jawapan nya semalam tidak dipadam malah ditulis semula dengan rapi.

'Ya begitu la baru betul!' Serunya. Lalu dia
mengambil sebiji batu kecil skali lagi & menanda
✔..